Perlindungan Konten, Hapus menurut Tarikh, Pengurusan Peranti dan Lagi

Baca pengumuman rasmi dalam Bahasa Inggeris
Perlindungan Konten, Hapus menurut Tarikh, Pengurusan Peranti dan Lagi

Kemaskini hari ini memperkenalkan alatan untuk melindungi pengguna lain dari menyimpan konten dari grup dan saluran, kebolehan untuk hapus mesej untuk tempoh masa tertentu, cara baru untuk urus peranti disambung anda, mengepos tanpa nama bagi pihak saluran lain di grup awam dan lagi.

Perlindungan Konten di Grup dan Saluran

Dengan kemaskini ini, kami menolong pencipta melindungi konten yang mereka terbitkan di Telegram dan pastikan ianya boleh diperolehi oleh pelanggan tersasar.

Pemilik Grup dan Saluran yang ingin mengsasarkan konten mereka hanya untuk ahli boleh menghadkan memajukan mesej dari bual mereka, yang juga mencegah pengambilan gambar skrin dan menghadkan dari media disimpan dari apa yang dipos.

Untuk menukar kebolehan pengguna untuk memajukan mesej buka Halaman Info Grup atau Saluran > Jenis Grup/Saluran > Menyimpan Konten Dihadkan.

Hapus Mesej menurut Tarikh

Pengguna Telegram mempunyai kawalan penuh pada jejak kaki digital mereka dan boleh hapus mana-mana mesej dalam perbualan pada bila-bila masa. Dengan kemaskini ini, anda boleh hapus sejarah bual dari hari tertentu atau tempoh masa tertentu dari mana-mana bual satu-dengan-satu.

Untuk buka kalender, tekan pada bar tarikh yang timbul bila anda skrol melalu bual – kemudian pilih hari mana yang hendak dihapus.

Menghapus sejarah untuk tarikh tertentu setakat ini hanya berfungsi di bual satu-dengan-satu, tetapi mesej dalaman mana-mana bual boleh diset ke hapus secara auto untuk satu hari, satu minggu atau satu bulan selepas dikirim.

Mengurus Peranti Yang Disambung

Anda boleh guna Telegram pada semua peranti anda dalam masa yang sama. Menu Peranti membantu anda mengawal di mana akaun anda dilog masuk. Kami telah menambah butang baru untuk secara pantas link ke peranti desktop dan aturan ke log keluar automatik untuk peranti tidak aktif selepas tempoh masa berlalu.

Tekan pada mana-mana peranti di senarai untuk lihat informasi lanjut dan tukar samada ianya boleh terima panggilan atau Bual Rahsia baru.

Telegram boleh diguna pada setiap platform – sila lihat tg.idealclover.workers.dev/static/apps untuk muat turun aplikasi di peranti anda yang lain.

Mengepos Tanpa Nama di Grup Awam

Grup Awam dan Komen Saluran membenarkan mana-mana tajuk diskusi di komuniti yang besar dengan beribu ahli. Grup sebegini diguna untuk semua perkara dari mempertahankan demokrasi ke berbual dengan peminat, itulah sebabnya kami telah menambah kebolehan untuk anda menjelma sebagai saluran bila mengirim mesej di bual sebegini.

Tekan pada profil di sebelah bar mesej dan pilih salah satu dari saluran anda – mesej yang anda kirim selepas ini akan menjelma dengan nama dan foto saluran dan bukannya akaun peribadi anda.

Bila pos sebagai saluran anda, anda juga akan nampak nama saluran di bahagian atas belon mesej.

Cara Baru untuk Log Masuk melalui Panggilan

Mulai hari ini, setengah dari peranti mudah alih akan mempunyai opsyen untuk terima panggilan dari Telegram dan kemudian masukkan beberapa angka fon yang memanggil anda – dan tidak lagi harus mendapatkan kod melalui mesej teks.

Respon dari Permohonan Menyertai

Bila anda memohon untuk sertai grup atau saluran dan pentadbirnya respon dengan mesej, anda akan lihat dari komuniti mana mereka datang di bahagian atas bual.

Pada kemaskini kali ini, pentadbir bot boleh hubungi pengguna yang memohon untuk sertai bual di mana mereka adalah pentadbir — walaupun pengguna tidak berkomunikasi dengan bot sebelum ini. Ini akan membuka kemungkinan yang tidak berkesudahan: dari hanya menerima peraturan bual grup sebelum menyertai, kepada lulus ujian kemasukan, kepada melakukan derma kecil kepada pencipta saluran.

Tema Bual Global di Android

Kemaskini kami di bulan September memperkenalkan 8 tema baru yang anda boleh set untuk bual peribadi – dan kini mereka boleh diperolehi untuk kesemua aplikasi di Android (Pengguna iOS menerima ciri ini pada kemaskini sebelum ini).

Aturan Bual telah direka semula dengan sepenuhnya, membawa tema baru ke tengah pentas. Direka oleh pasukan Telegram, setiap tema mempunyai mod Siang dan Malam, latar belakang beranimasi yang berwarna-warni dan belon mesej bergradien.

Seperti semua tema, anda boleh mengindividukan rekaan ini dan menukar warna atau corak. Untuk opsyen lebih dan aturan tersuai, tekan ‘Tema Browser’ untuk sunting dan kongsi rekaan anda.

Pengenalan Teks pada iOS 13+

Pada peranti dengan iOS 13 dan ke atas, Pengenalan Teks (Teks Langsung) didayakan untuk foto di bual Telegram, membolehkan anda untuk dengan pantas memilih, menyalin dan mencari tanpa menyentuh papan kunci anda. Pengenalan imej ini ditangani secara selamat oleh peranti anda sepenuhnya.

Senarai bahasa yang didokong diuruskan oleh Apple, jadi jika bahasa anda belum ada dalam senarai lagi, sila tunggu untuk kemaskini sistem operasi Apple akan datang.

Format Teks di Kapsyen Media pada iOS

Sedikit tebal atau condong boleh menambah penekanan yang wajar untuk mesej, dan kini anda boleh guna kesemua opsyen performatan teks di kapsyen media dan juga – termasuk link teks.

Sebelum anda bertanya mengapa Android tidak mendapat ciri-ciri ini – ianya adalah kerana Android sudah mempunyainya. 😉

Reka Semula Info Kenalan di iOS

Kenalan, Grup dan Saluran mempunyai halaman info dengan penampilan baru mengguna cara iOS 15.

Reka semula info kenalan di iOS

Dan itu sahaja untuk kali ini. Mari kita lihat berapa banyak lagi ciri-ciri yang kami mampu cipta untuk anda pada tahun ini.


7 Disember 2021
Pasukan Telegram

Berita Lain

제휴 프로그램, AI 기반 스티커 검색, 콜라주 등

오늘, 우리는 텔레그램의 콘텐츠 제작자와 미니 앱 개발자를 위한 흥미로운 소식을 전합니다. 제작자는 이제 자신의 노력을 수익화하고 별을 얻을 수 있는 간단한 방법을 가지게 되었으며, 미니 앱 개발자는 새로운 사용자를 유치할 수 있는 강력한 도구를 얻게 됩니다. 또한, 텔레그램 사용자는 이제 AI를 사용하여 스티커를 찾고…
4 Dis 2024

미니 앱 2.0: 전체 화면 모드, 홈 화면 아이콘, 지리적 위치 및 10가지 추가 기능

오늘 우리는 미니 앱 역사상 가장 큰 업데이트를 출시합니다. 미니 앱은 전체 화면 모드, 구독 계획, 홈 화면 바로가기, 선물 보내기, 미디어 공유, 문서 작성, 위치 정보 접근, 모션 트래커, 이모지 상태 설정 등을 지원합니다.
17 Nov 2024

개선된 비디오 및 그 외 다수

오늘 업데이트에서는 영상의 더 빠른 로딩, 더 나은 품질 및 새로운 속도 제어 기능, 마지막 편집 타임스탬프, 보낸 메시지에 미디어 첨부, 미니 앱의 증가된 제한, 개발자를 위한 새로운 수익화 옵션 등 다양한 기능이 추가되었습니다.
31 Okt 2024

선물, 검증 플랫폼 및 기타

사용자들은 이제 친구들에게 선물을 보낼 수 있습니다: 선물의 수신자는 자신의 프로필 페이지에 선물을 표시하거나 별로 전환할 수 있습니다. 추가로, 텔레그램은 기업들이 고객의 전화번호를 인증할 수 있는 플랫폼을 출시했습니다: 이 새로운 인증 플랫폼은 사용자가 텔레그램을 통해 코드를 받아 전화번호를 쉽게 확인할 수 있게 하며…
5 Okt 2024